Archive for the ‘Berita & Pekembangan’ Category

Transatlantic – The Whirlwind (Jammable): Ada Berani?

Selasa, Jun 15th, 2010

Concept album “The Whirlwind” (latest Transatlantic album (2009), featuring Mike Portnoy (DT), Neal Morse (ex-Spock’s Beard), Pete Trewavas (Marillion), dan Roine Stolt (The Flower Kings)), betul-betul menarik dan berinspirasi, jadi aku telah bikin summarized / jammable version. Boleh dengar di sini:-

Transatlantic – The Whirlwind (Jammable)

atau download:-

Transatlantic – The Whirlwind (Jammable) (58)

Kalau ada berani, ayuh cuba jam bila-bila. Kalau tak berani tak pe la, sekadar cadangan. :D .

[Playlist] 20100411: “Gentalavarium”

Rabu, Mac 17th, 2010

Gentalavarium

Tema playlist kali ini: kembali ke teater impian!

Playlist-20100402-Gentalavarium (25)

Antara lain, mempersembahkan 3 ’simfoni’ DT hasil gunting dan selotep: Six Degrees, Train of Thought, dan Octavarium. Six Degrees ni semua belum pernah main, versi kali ini ‘extended’ (tambahan keyboard dan vocal parts). Train of Thought pun versi ‘extended’ (tambahan keyboard, vocal dan violin parts). Jadi para Gentalian senior pun kena download juga. :) btw Octavarium masih versi sama, tiada perubahan.

Oleh kerana Six Degrees ni mega kompleks (my all time favorite hehe) dan belum pernah main, kita letak di hujung list agar tak pressure. Mana yang sempat faham dan cari tu, kita belasah dulu. ;-) Kalau ada part yang bikin pecah kepala / hilang rambut / nak nangis, kasitau, kot boleh buang utk lain kali.

Seperti biasa, tracks dulu uploaded – lirik, parts dan skrip akan diupload kemudian.

Akhir kata, selamat berlatih! :D

Playlist-20090710-H1N1

Ahad, Jun 21st, 2009

H1N1Playlist untuk 10/07/2009, bertemakan singkatan dwimakna “H1N1″ ;-) :-

Playlist-20090710-H1N1 (18)

Selamat berlatih.

Novel : Mantera Hitam

Sabtu, Januari 17th, 2009

bannmantera1

Tajuk: Mantera Hitam
Penulis: Serunai Faqir
Halaman: 416
Harga: RM16.00

Penerbit : Alaf 21

Sinopsis/Blurb

SPIRIT OF THE COIN sebuah permainan mistik yang menggunakan duit syiling untuk menyeru roh orang yang sudah mati. Kehadiran roh akan ketahui apabila duit syiling yang digunakan bergerak sendiri.

Pada suatu malam dalam perkhemahan di tepi sungai, Nik mengajak Hizal dan Tunku bermain spirit of the coin.Perasaan takut dan teruja saling berbaur. Walaupun Hizal dan Tunku memperlekehkannya, namun naluri ingin tahu lebih menguasai.

Namun apabila bulu tengkuk meremang, mereka saling berpandangan. Serentak dengan itu, guruh berdentum di langit. Bau kemenyan menyantak ke hidung. Gerimis mula menerjah.Akibatnya, mereka direnggut ke alam yang tidak pernah dialami selama ini. Perbuatan mereka itu mengundang kecelakaan, menjemput malapetaka yang tiada berkesudahan.

MANTERA HITAM… sebuah novel fiksyen fantasi yang akan membawa anda merentasi alam ghaib, sehingga berasa tidak lagi berada di alam realiti!

Jangan lupa beli kat kedai, katanya dah ada dalam pasaran! Hehehe … jadi, ini intro dari gua le … hehehe



Logo Sidi Gentala versi malam. Budak-budak dah tidur.