[Playlist] 20101030: “AlFarabi”

Al-Farabi Battle of the Band 2010Playlist untuk Al-Farabi Battle of the Bands.

Playlist-20101030-AlFarabi (60)

Lagu “Doa” versi ori (kump Harmoni 1980) jadi base. Endingnya cuba extend / selit ToT. Jumaat depan-depan (29/10/2010) practice session, boleh la improvise camna part tengah, dan ending dia. Dalam playlist link, dah ada final version mp3 dan pdf. πŸ™‚

Lineup setakat ni: Olie (Violin), Gori (Keyboard), GG (drums), Yusman (Gitar), Fauzi (Bass), Apai (Vocals), Sazli (Gitar, Vocals).

24 comments to [Playlist] 20101030: “AlFarabi”

  • yusman

    πŸ˜‰

  • pulas

    Ok aku dah upload lirik. Ada 2 dokumen:-
    1. Doa – Lirik.pdf :Ini lirik sahaja, untuk dihantar ke AlFarabi
    2. Doa – Lirik & Parts.pdf : Ini lirik & parts. Basic dia:-
    – Arrangement exactly sama macam ori (kecuali ending tu Yusman nak goreng maut hehe)
    – Intro melody (sebelum verse – dan yang ulang balik lepas solo tu) diiringi distorted guitars (kedua-dua intro dan ulangan dia). Agar GG sedap merolling πŸ˜‰
    – Lain-lain part distort: Part tengah (Sebelum & semasa solo, sampai sebelum ulangan verse), dan ending part (lepas nyanyi)
    – Semua melody & harmony masa clean (tak distort) dicover oleh violin (Olie)
    Ok itu saja.. tkasih.

  • yusman

    solo maut? peh, macamana nak buat tu. Rolling maut ada la, style Slayer hehe.

  • pulas

    UPDATE: atas permintaan Yusman & Olie2 (keyboardlist), ini versi terkini – Doa – Extended Version – in A minor.mp3 , dah diupload dlm playlist link. Isi-isi penting:-

    1. Runtime 8.45min – so syarat dia setup time 1 minit haha (e.g. pakai barang+setup dia selagi boleh). Kalau rasa-rasa tak cukup masa tu, fall back pd yg versi ori la hehe..

    2. Mainly tambah depan & belakang je (DT Train of Thought – intro & ending biola & keyboard, sebelum ending tu part ToT nak habis tu).

    3. Dlm extended version, solo belakang tak ada. Lepas habis nyanyi terus masuk. Sebab tak cukup masa (tu pun dah banyak potong part ToT tu).

    4. Lirik & parts utk extended version (.pdf) pun dah upload sekali.

    Ok itu saja..

  • yusman

    oh.. nanti ko balik ke sazli@bangi.my kita cerita. Takot la jugek dah gitu punya timing.

  • yusman

    apa kata kenkawan lain dan penyokong2 derhaka?

  • jawabanger

    intro 1st aku rs x perlu..jimat 33s..hehe mrh violin..part last ok sbb smbil2 kita kemas2 tools..bior dia main ngan kibod.
    part dari lagu doa ke lgu tot tu…x menarik/janggal
    1-aku rs msukkan skit dlm 30s part tot yg clean/plucking sblm distort 5:46 tu
    2-dan aku rs key tot kat a minor tu x sesuai..hilang feel asal..dlm ertikata lain…tak best.better key asal ataupun kat dm or em..lg pun dr start smpai abis asyik kt Am jer ..mood x mari..lagu doa tu sajer dah meleret kat Am 3 -4 kod aje…jd dr Am nak ke Dm/Em buatlah connector kod/melodi yg berattack2 sbb nak bg GERUN..dlm 30s pun x per..br masuk part clean no 1 kat atas td.

    haha..maaf hamba sembah derhaka!

  • pulas

    Jawabanger – derhaka tuan hamba diterima! haha… nanti aku bikin adjust lagi & try ikut suggestion kau — aku upload hari ni.. tunggu! πŸ˜€

  • pulas

    Ok aku dah upload “Doa – Extended v2 – in A minor” dalam link playlist. Updates penting:-

    1. Buang intro violin (tapi maintain ending violin)

    2. Transition dari lagu Doa ke ToT: A minor –> D minor (key ToT yang kita biasa main): aku selitkan dulu simple ‘attacking connector’ dlm A minor, hopefully cukup utk me’lupa’kan environment key A minor dan masuk part ToT πŸ˜‰

    3. Utk maintain ‘tema’ lagu Doa dlm ToT, aku cadang kita selit bahagian deklamasi puisi/sajak masa part ToT tu, contoh dlm pdf aku letak minit 6:30 – 6:55, mungkin ada tempat lagi sesuai / panjangkan. Just baca balik je lirik lagu Doa tu ikut stail To Live is to Die Metallica. πŸ™‚

    4. Suggestion utk masukkan 30s part clean/plucking sebelum distort tu, aku tak dapat buat sebab:-
    – Nak maintain runtime lagu < 9min - Tak dapat nak sesuaikan di celah distort masa A minor hingga ke distort bila masuk D minor (mostly pasal nak maintain runtime lagu jugak). Malam ni dlm pukul 10.30pm nak mesyuarat di rumah Baman. Semua dijemput hadir. πŸ˜€

  • nizam

    Den leh ikot tuan pengerusi…shj nak menyemak…..hihihihi

  • yusman

    Pengumuman; nama kawan olie, gori. sebab badan dia besau

  • yusman

    Nizam, you’re most welcome. Silalah jadi pompom boy kami dan bagi semangat banyak2

  • pulas

    Ok aku dah upload “Doa – Extended v3 – in A minor” (mp3 dan lirik+parts), hasil mesyuarat malam tadi. πŸ™‚ Ini final version, jadi aku buang versi lain utk elak confuse. Ada sikit saja perubahan – transition Am -> Dm tu guna part transition ToT yg biasa main (i.e. without the ‘attack’). att: Yusman/Olie – macam mana nak pass latest mp3 & pdf kat Olie & Gori?

    Jumaat malam Sabtu, practice @ rumah Yusman. (Dia akan msg bila ready).

    btw, nanti kat sana ada music stand tak utk setiap org? Pasal kalau boleh semua tengok lirik & parts utk pedoman sikit. Nanti aku print 7 copies utk itu (boleh pakai masa practice session jugak).

    Ok enjoy & rilek – niat main lagu nasyid je, kasi tenang haha.. thanks, wassalaam.

  • jawabanger

    lagu nasyid maen bwh pokok best..

  • gg

    praktis kt studio lg ok kut…at least dpt membiasakan diri dlm situasi sebenar..ketuk coverΒ² ni susah nak control beat..xde drum head nyer rebound hakhakhak – amateur drummer

  • yusman

    hahah malam esok kita main betul-betul. Fauzi boleh main bawah pokok.

  • yusman

    sebenarnya dah mula la pikir nak pakai baju apa haha. Apa kata kita pakai baju ala F-1, tak kisah color apa. Kemas sikit. Cuma takut panas la pulak siang@. Tapi rasa itu je yang sesuai kecuali nak pakai bebas. Tak kemas sangat la.

  • nizam

    Pokok Taugeh ker hihihi…tukang pukul kena bawa twin pedal kat battle field nanti baru umphhhhhhhhhhh

  • nizam

    Pakai kain pelekat dgn baju pagoda kira cun juga…pass tu pakai kopiah baru ikut konsep pak lebai hahahahahah

  • yusman

    jgn cabar, aku pakai karang

  • nizam

    V3 lagi mantap dan drum pattern tak sakit kepala hahaha bagus tu arrangement…..i like

  • nizam

    aku gelarkan kumpulan DREAM HARMONY…….ok juga tu hiihihih

  • nizam

    Kalau pakai kain pelekat kena pakai seluar kalau tak nanti ada lak wayang free penonton tengok kat bawah…. kih kih kih

  • yusman

    Salam;

    A. Jadual untuk persiapan malam esok;

    Jam praktis 10 malam esok 29.10.10 kat umah aku. Jam betul2 pukul 11 sekian-sekian kat studio. jam di rumah untuk memudahkan berbincang dengan sessionists undangan dulu elok-elok.

    B. Acara di Shah Alam.

    i. tempat di Seksyen 16 Shah Alam.

    ii. Menurut jadual seperti yang dimaklumkan harini; jam 3.00 pendaftaran, jam 3.30 sesi briefing.

    iii. Pihak piahk dibenar untk buat sound check sebelum pertandingan bermula. Paling tidak, kita boleh mengamati barang-barang diorang kalau tak dapat est sangat pun. Ini WAJIB.

    C. Itinerary perjalanan

    Selepas solat Zohor, kita bertolak. paling afdal solat jamaah di rumah aku. elok dua kereta. Kereta aku dan mungkin Sazli.

    D. Pesanan Penting;

    Bagi penyertaan kita dalam BOTB ini yang paling penting adalah i) ikhlas dan ii) menyampaikan. Lirik lagu yang dipilih itu bukan sembarangan, hayati bait-baitnya untuk mengenal diri kita di sisi Allah DAN kita sampaikan mesej ini dengan cara yang kita pilih ini. Bak kata Dr Norman di depan Kaabah di subuh hari minggu lps tentang BOTB ini; jika kita BERSUNGGUH-SUNGGUH kita InsyaAllah akan memang. Jadi kita usaha yang terbaik dan ikhlas untuk menyampaikan; bukan untuk riak.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan Balasan

Comment
Name*
Mail*
Website*